“EH! Mana boleh solat Zuhur dulu. Tunggu orang lelaki habis solat Jumaat nanti baru boleh kita sembahyang.”
Dialog begitu kerap kali kedengaran terutama apabila melihat ada wanita yang mahu menunaikan solat Zuhur walaupun solat Jumaat belum selesai didirikan di masjid.
Ia bukan tanggapan semata-mata, tetapi perkara itu seakan sudah sebati dalam masyarakat kita sejak sekian lama.
Hakikatnya, orang perempuan sebenarnya tidak tertakluk kepada ‘syarat’ berkenaan.
Menurut pendakwah Ustaz Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan atau lebih dikenali sebagai Imam Muda Asyraf, sebenarnya golongan wanita boleh terus mendirikan solat Zuhur pada hari Jumaat walaupun sembahyang Jumaat masih belum selesai lagi.
“Tidak kiralah sama ada (wanita mahu menunaikan solat Zuhur) selepas azan, ketika khatib di atas mimbar ataupun selepas selesai solat Jumaat.
“Ini kerana orang perempuan tidak tertakluk kepada kewajiban solat Jumaat,” katanya sebagaimana dipetik menerusi video yang dikongsikan di laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini.
Bagaimanapun, jelas Imam Muda Asyraf lagi, situasi itu berbeza jika melibatkan kaum Adam yang diwajibkan menunaikan solat Jumaat secara berjemaah.
“Perempuan pula tidak wajib berbuat demikian. Jadi, hanya orang lelaki sahaja tertakluk dengan beberapa syarat (solat Jumaat) yang diletakkan dalam Mazhab Syafie.
“Salah satu daripadanya ialah dia tidak boleh menunaikan solat Zuhur melainkan sudah selesai sembahyang Jumaat di masjid,” terangnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Mar 08 2024
Golongan wanita boleh terus menunaikan solat Zuhur pada hari Jumaat jika sudah masuk waktunya walaupun ketika itu belum selesai solat Jumaat. - Gambar hiasan
Keluarga tular bawa bayi naik motosikal ke hospital dapat perhatian PM
Gambar sebuah keluarga yang tular memaparkan ibu menggendong bayinya yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan mendapat perhatian Perdana Menteri.
Pasangan kekasih buang bayi direman tiga hari
Mahkamah Majistret Kemaman membenarkan reman tiga hari terhadap seorang wanita yang disyaki membuang bayi lelakinya berusia seminggu.
Piala Dunia ISTAF: Skuad doubles teruskan kemaraan ke separuh akhir
Skuad doubles negara berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia ISTAF selepas mengatasi Korea 2-1 dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian - Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka sedang menunggu garis panduan berkaitan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.
[TERKINI] Keadaan Koperal Hasif stabil, masih dirawat di HSI
Anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, di Johor Bahru.
BMW Malaysia catat pertumbuhan jualan 8 peratus pada suku pertama, kenaikan 26 peratus jualan EV
BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,600.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur lucah dan mengaibkan kehormatannya sebagai wanita.
Tun Musa lancar buku Ku Li: Memoir 205, angkat perjalanan politik Tengku Razaleigh
Tun Musa Hitam melancarkan buku KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik lagenda politik, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
Tak perlu tunggu solat Jumaat selesai, wanita boleh sembahyang Zuhur terus
Perkara itu seakan sudah sebati dalam masyarakat kita sejak sekian lama walaupun sebenarnya, wanita tidak tertakluk kepada 'syarat' itu.
Agong berkenan solat Jumaat di surau utama Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong berkenan menunaikan solat Jumaat di Surau Utama Istana Negara hari ini.
Umat Islam tunai solat hajat, doakan kesejahteraan negara, rakyat
Ribuan jemaah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin menunaikan solat hajat bagi memohon keselamatan dan kesejahteraan negara khususnya daripada ditimpa banjir.
'Mohammad Zaharif bersiap untuk solat Jumaat sebelum dilanggar'
Menjadi rutin adik bongsunya berkumpul bersama rakan setiap Jumaat setelah habis waktu sekolah di hadapan masjid sementara menunggu waktu solat.
Agong berkenan solat Jumaat di Masjid Raja Lumu
Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah pada pukul 12.54 tengah hari di masjid tersebut disambut Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Sultan Selangor lancar e-Khutbah
Sultan Sharafuddin bertitah laman web berkenaan menghimpunkan koleksi 23 tahun khutbah bertulisan jawi dan rumi.
PM solat Jumaat bersama komuniti Islam San Francisco
Anwar yang solat bersama sekitar 250 jemaah komuniti Islam di San Francisco diimamkan oleh Maulana Faiz Vaid.
Agong berkenan solat Jumaat di Masjid Jame' Asar Hassanil Bolkiah
Turut berangkat, Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Agong berkenan solat Jumaat di Masjid Al-Falah, USJ 9
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Falah, USJ 9, Subang Jaya hari ini.
PM Anwar solat Jumaat bersama rakyat di Cheras
Beliau yang tiba di masjid itu pada pukul 1.25 tengah hari, disambut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan pengurusan masjid serta jemaah.